SABAH TURUT CUTI PADA ISNIN

SABAH TURUT CUTI PADA ISNIN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor juga mengumumkan Isnin (28 Nov) sebagai Hari Kelepasan
Am Khas bagi Negeri Sabah.

Dalam sebuah kenyataan ringkas sebentar tadi, beliau berkata ianya selaras dengan pengumuman cuti peristiwa oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perkara tersebut menjadi tanda tanya seluruh warga Malaysia selepas Anwar mengangkat sumpah semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Nov mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Ianya terjawab dalam sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri diikuti pengesahan Ketua Menteri Sabah bagi rakyat negeri ini.