Enam Rumah, Empat Motosikal Hangus Dalam Kebakaran di Kota Marudu

Enam Rumah, Empat Motosikal Hangus Dalam Kebakaran di Kota Marudu

0
SHARE

KOTA MARUDU: Enam rumah dan empat motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Talantang, Jalan Damai, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.19 pagi sebelum jentera dari BBP Kota Marudu tiba kira-kira 24 minit kemudian.

Dua rumah tidak kekal musnah sepenuhnya manakala beberapa rumah separuh kekal mengalami kemusnahan antara 90 hingga 95 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki dengan tiga pancutan air daripada jentera dan parit berhampiran,” kata seorang jurucakap agensi.

Seramai 12 anggota bomba terlibat dengan bantuan PDRM dan Sabah Electricity.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Operasi dikawal pada jam 3.17 pagi dan tamat sepenuhnya pada 5.33 pagi.