Kes COVID-19 Sabah Seperti Trend ‘Yo-Yo’, Naik Kembali Kepada 720 Kes Hari...

Kes COVID-19 Sabah Seperti Trend ‘Yo-Yo’, Naik Kembali Kepada 720 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu COVID-19 Sabah meningkat 29 (kes) berbanding semalam dengan catatan 720 KES hari ini ecara keseluruhan.

Seperti yang diramal, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes Sabah sedang melalui trend “yo-yo” setelah baru sahaja menurun 60 kes semalam.

“Walaupun kes kumulatif Negeri Sabah naik hari ini, jumlah daerah yang mencatatkan penurunan kes adalah lebih banyak berbanding daerah yang mencatatkan peningkatan kes…

“Jumlah daerah yang mencatat peningkatan ialah 11 daerah dan yang turun sebanyak 16 daerah.

“Seluruh bandar-bandar utama juga mencatatkan penurunan kes kecuali Putatan dan Kudat, yang masing-masing merekodkan peningkatan sebanyak 29 dan 28 kes berbanding semalam,” katanya.

Namun begitu, hanya empat (4) daerah yang mencatatkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Ranau -41 kes, Pitas -41 kes, Kota Kinabalu -11 kes dan Kunak -10 kes.

Daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang agak ketara ialah Kinabatangan +40 kes, Keningau +23 kes, Tenom +13 kes dan Beaufort +10 kes.

Masidi berkata agak sukar untuk meramalkan trend perubahan kes bagi daerah-daerah di Sabah, namun, trend kumulatif jangkitan dalam tempoh 14 hari menampakkan trend pelandaian.

“Kes baharu yang berpunca daripada Saringan Bergejala hari ini adalah sebanyak 253 kes atau 35.14 peratus daripada angka keseluruhan…

“Ini satu petanda bahawa tahap pematuhan SOP dikalangan penduduk belum begitu memuaskan,” katanya lagi.

Daripada 720 kes yang didaftarkan hari ini, 470 kes atau 65peratus merupakan kes yang didaftarkan dalam tempoh 24 jam yang lalu mankala jumlah pesakit tertinggi datang dari Kategori 1 dan 2 yang bersamaan dengan 96 peratus keseluruhan.

Hanya satu (1) kes dalam Kategori 3, empat (4) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5. Sementara itu, 20 kes lagi masih dalam penilaian.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (15 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 68 (79)
Kudat – 62 (34)
Keningau – 58 (35)
Kinabatangan – 57 (17)
Tenom – 50 (37)
Kota Belud – 50 (51)
Kota Marudu – 44(53)
Tuaran – 42 (39)
Putatan – 34 (5)
Lahad Datu – 31 (33)
Ranau – 31 (72)
Tawau – 24 (25)
Papar – 22 (24)
Beluran – 18 (20)
Sandakan – 18 (19)
Penampang – 17 (25)
Telupid – 16 (12)
Beaufort – 15 (5)
Tambunan – 14 (12)
Sipitang – 11 (4)
Pitas – 11 (52)
Nabawan – 10 (3)
Tongod – 8 (11)
Semporna – 4 (7)
Kunak – 3 (13)
Kuala Penyu – 1 (2)
Kalabakan – 1 (2)