Kek Ulang Tahun Rasmi Ke-70 Guna Logo Istana Seri Kinabalu

Kek Ulang Tahun Rasmi Ke-70 Guna Logo Istana Seri Kinabalu

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (tengah) diiringi Hajiji (dua dari kiri) memotong kek ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Selain rangkaian lagu, satu lagi keunikan Majlis Jamuan Negeri iaitu kek ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Menurut Chef Pastri Yusrinizam dari Hyatt Regency Hotel, kek yang diilhamkan oleh pasukannya itu menggunakan motif dan inspirasi daripada logo Istana Seri Kinabalu dengan Bunga Raya dan Rafflesia.

Malah katanya, kek dengan perisa walnut brownies seberat 40 kg tersebut memilih rona dalam Bendera Negeri Sabah dan mengambil masa lebih kurang empat hari untuk disiapkan.

Pada Sabtu, Tun Juhar serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Juliah Salag, Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M. Yahya serta isteri, Datin Seri Noraini Salleh menyempurnakan upacara pemotongan kek ulang tahun kelahirannya.

Turut mengiringi Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 TYT Sabah dan Datuk  Shahelmey Yahya serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong di Dewan Bankuasi DUN Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAHÂ