Perempuan Kerap Putuskan Bekalan Elektrik Kampung Demi Bertemu Teman Lelaki

Perempuan Kerap Putuskan Bekalan Elektrik Kampung Demi Bertemu Teman Lelaki

0
SHARE
India
Tangkap layar video pasangan kekasih terbabit yang tular ( Sumber Foto: India Today )

BIHAR, INDIA – Seorang gadis dari Bettiah akan memutuskan bekalan elektrik seluruh kampungnya hanya untuk bertemu teman lelakinya dalam gelap.

Preeti akan melakukannya setiap kali bertemu Rajkumar di bawah selubung kegelapan tetapi hubungan sulit itu akhirnya terbongkar selepas pasangan itu ditangkap basah oleh penduduk kampung.

Hubungan sulit Rajkumar dengan Priti Kumari telah menyebabkan ketegangan antara dua kampung di Champaran Barat sejak seminggu lalu.

Penduduk kampung bimbang dengan bekalan elektrik yang kerap terputus sebelum menyedari apa sebenarnya yang menyebabkannya.

“Preeti memotong bekalan elektrik kampung setiap malam kerana banyak kecurian dilaporkan di kampung itu.

“Kehidupan kami terganggu oleh gadis itu,” kata seorang penduduk kampung, Govinda Chaudhary kepada sumber India Today.

Penduduk kampung juga mengadu kepada jabatan yang mengendalikan bekalan elektrik beberapa kali tetapi usaha menemui jalan buntu.

Mengetahui hubungan Rajkumar dan Preeti disebalik gangguan bekalan elektrik itu membuatkan mereka terkejut.

Penduduk kampung bertindak membelasah pemuda itu, lalu dia memanggil kumpulannya dan menyerang penduduk kampung.

Sebuah video, kini tular di media sosial, menunjukkan Rajkumar dipukul dengan kayu oleh penduduk kampung dan teman wanitanya cuba menyelamatkannya.

Salah satu video menunjukkan sekumpulan budak lelaki bertanya kepada Preeti, “Kon hai ye? Video banao. (Siapa dia? Rakam perbuatan itu).

Gadis itu, bagaimanapun, tetap melawan dan menyelamatkan Rajkumar daripada kumpulan itu.

Kemudian, orang dari dua kampung itu mengambil inisiatif dan mencadangkan Rajkumar untuk berkahwin dengan Preeti.

Akhirnya, perkahwinan mereka telah dilangsungkan di sebuah kuil tempatan.