PAPAR, SABAH – Pemandu dan penumpang sebuah lori tiga tan cedera parah manakala tiga lagi mangsa selamat selepas bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Kg Manggis, di sini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pemandu lori tiga tan berkenaan, Hasan Maih Nah Isa, 36, cedera di bahagian kaki manakala penumpang, Binso Malinta, 43, cedera di bahagian dada.
“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya di hantar ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya mengulas operasi 12.25 tengah hari tadi.
Dua lagi mangsa dalam lori tiga tan tersebut adalah lelaki yang berumur 27 tahun manakala lori treler terbabit dipandu seorang lelaki berumur 56 tahun. Operasi ditamatkan kira-kira 20 minit kemudian.