
LAHAD DATU, SABAH – Tular video di media sosial sejak semalam jelas menunjukkan kekecohan berlaku pada Mesyuarat UMNO Bahagian Lahad Datu selepas beberapa penyokong calon yang bertanding dilaporkan bergaduh.
Memetik laporan Astro Awani, pergaduhan di Dewan Sri Perdana di Lahad Datu itu berpunca daripada provokasi segelintir penyokong calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO hari ini.
Berdasarkan video itu, kejadian berlaku apabila Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Khalid Harun dilaporkan sedang berucap tetapi beberapa penyokong yang tidak berpuas hati tiba-tiba naik ke pentas.
Tindakan menyebabkan lebih ramai lagi penyokong naik ke pentas hingga tercetusnya pergaduhan antara mereka.
Setakat ini, Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah ketika dihubungi pengamal media mengesahkan kejadian itu dan berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.





