PESARA KERAJAAN NEGERI TERIMA BONUS RM1,000 SEBELUM AIDILFITRI TAHUN DEPAN – HAJIJI

PESARA KERAJAAN NEGERI TERIMA BONUS RM1,000 SEBELUM AIDILFITRI TAHUN DEPAN – HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata kerajaan mengambil keputusan berkenaan selepas mendengar pemintaan daripada pesara selain jasa khidmat bakti mereka selama ini.

“Ya, saya telah maklumkan tadi bahawa kita juga akan membayar bonus kepada pesara-pesara kerajaan negeri Sabah pada tahun depan.

“InsyaAllah kita akan bayar sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 seorang,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu Hajiji berkata, pada pembentangan belanjawan lalu, hanya penjawat awam yang mendapat bonus.

“Jadi saya rasa tidak adil untuk tidak memberi bonus kepada pesara kerajaan negeri yang telah berkhidmat bakti kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya lagi.

Tambah beliau, lebih 13,000 pesara kerajaan akan menerima manfaat bonus tersebut.