Lelaki Cuba Terjun Hospital Sandakan Cedera Di Bahu

Lelaki Cuba Terjun Hospital Sandakan Cedera Di Bahu

0
SHARE
Jbpm
Mangsa tertekan sehingga cuba membunuh dirinya di tingkat 1 Hospital Duchess of Kent Sandakan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Niat seorang lelaki untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat satu Hospital Duchess of Kent berjaya dihalang pasukan bomba petang tadi.

Mangsa dikatakan cuba melarikan diri dari diselamatkan dengan melompat ke atas sebuah pemampat penyaman udara (compressor) yang terletak di tepi luar bangunan.

Mengikut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bertindak balas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 petang.

“Jentera tiba ke tempat kejadian dalam masa dua minit. Mangsa mengalami kecederaan ringan dibahagian bahu kirinya ketika melompat di atas ‘compressor’.

“Beliau diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS Bomba dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.26 petang,” kata seorang jurucakap agensi.