KOTA KINABALU, SABAH – Kenyataan beberapa penganalisis politik bebas sebelum ini yang mengaitkan penubuhan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang didalangi oleh Shafie Apdal semakin menunjukkan kebenarannya
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) berkata: “sebelum ini kami telah menyatakan bantahan kami agar KDM tidak diterima bagi menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana parti ini sebenarnya didalangi oleh Shafie Apdal.”
“Apa yang menjadi kerisauan kami dan ramalan penganalisis politik seakan tepat selepas Peter Anthony sebelum ini telah menarik sokongan ke atas Hajiji dan menyokong Shafie Apdal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu, malahan turut memaksa Ketua Menteri Sabah itu meletak jawatan.”

Peter dalam satu kenyataan (kelmarin) telah membuat ‘u-turn’ dengan menyatakan kembali sokongan KDM terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tanpa sebarang syarat.
Peter dikatakan membuat keputusan tersebut selepas LIMA (5) wakil rakyat UMNO dan TIGA (3) orang daripada Warisan telah menyertai GRS secara rasmi (kelmarin).
Dalam pada itu, BEBAS menyatakan bahawa Hajiji dan GRS tidak seharusnya menerima sokongan oleh Parti KDM.
“Mereka jelas telah menunjukkan sifat munafik…
“KDM adalah parti yang didalangi oleh Shafie Apdal, jangan cuba untuk bodohkan rakyat Sabah,” tegas BEBAS.
Selepas pengundi dari komuniti Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) menolak Parti Warisan, Shafie dikatakan telah bersama Peter menubuhkan Parti KDM bagi menarik semula sokongan pengundi KDM.
“Mereka (KDM) telah berjaya memerangkap Hajiji apabila Ketua Menteri itu turut dipanggil merasmikan pelancaran KDM dan dalam masa yang sama mereka sebenarnya mempunyai muslihat yang tersembunyi.

“Oleh sebab itu kami mendesak agar Hajiji termasuk GRS tidak melayan Parti KDM dan mereka wajar kekal sebagai pembangkang bersama Warisan termasuk ADUN UMNO yang menyokong Bung Moktar”.
“Kami akan menghantar memorandum terus kepada Hajiji bagi menyatakan bantahan kami”.
“Peter termasuk Parti KDM telah memberikan contoh yang tidak baik kepada rakyat Sabah. Justeru nasihat kami kepada Peter, jangan cuba perbodohkan rakyat Sabah dan mereka sepatutnya boleh menjadi pembangkang yang baik bagi menegur Kerajaan Perpaduan GRS dan PH di Sabah,” BEBAS berkata lagi.