KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Farmaseutikal Sabah (PFS) bersama juara Unduk Ngadau 2021, Maya Hejnowska, akan bekerjasama menghasilkan klip video bagi mempromosikan program imunisasi di Sabah khsusnya di kawasan pedalaman.
Presiden PFS, Jemima Ho Wan Dien berkata ini kerana kadar vaksinasi di Sabah antara yang terendah di negara ini.
“Mesej video tersebut akan berunsurkan kata-kata semangat dalam perang melawan COVID-19 yang hanya boleh dimenangi sekiranya kita mencapai imunisasi kelompok selain dari pematuhan kepada SOP,” katanya.
Video tersebut juga akan mengajar bahawa semua vaksin terlebih dahulu disahkan selamat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum diedarkan untuk kegunaan orang ramai.
“Kami mahu mendidik lebih ramai bahawa kesan sampingan selepas divaksin adalah hanya sementara…
“Pengalaman vaksinasi tidak boleh menjadi penghalang untuk divaksinasi,” katanya.
Katanya lagi kebolehan Maya fasih bertutur dalam bahasa Kadazan. Malaysia, Inggeris Mandarin memudahkan mesej berkenaan sampai kepada semua lapisan masyarakat.
“Sabah bakal menerima lebih banyak dos vaksin berdasarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor…
“Mari kita mendorong sesama yang lain untuk segera divaksin bak kata slogan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ‘tiada yang selamat selagi semua orang selamat,” tambah beliau.