Pengawal Keselamatan Cabul, Pukul Jururawat Dijatuhkan Hukuman 3 Tahun Penjara Dan 3...

Pengawal Keselamatan Cabul, Pukul Jururawat Dijatuhkan Hukuman 3 Tahun Penjara Dan 3 Sebatan

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pengawal keselamatan yang memecah masuk, mencabul dan memukul seorang jururawat di kuarters Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bukit Padang dijatuhkan hukuman TIGA (3) tahun penjara dan TIGA (3) sebatan bagi kesalahannya.

Hukuman itu diputuskan Hakim Stephanie Dunstan pada Mahkamah Majistret hari ini.

Mohd Amin Zahari, 29, mengaku bersalah atas perbuatan beliau bertarikh 5 Julai dalam insiden kira-kira 5 pagi itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pada awalnya niat yang tertuduh hanya ingin mencuri namun selepas melihat mangsa yang sedang mandi ingin bersiap pergi ke kerja berubah menjadi lebih kejam.

Mohd Amin didakwa mencabul mangsa 34 tahun dengan melakukan kekerasan termasuk menumbuk mata, mencekik dan menghentak kepala mangsa ke dinding apabila mangsa menjerit meminta pertolongan.

Bagaimanapun, mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah dan dibantu jiran.

Jiran mangsa sempat melihat yang tertuduh melompat keluar tingkap tandas rumah mangsa manakala polis memberkas Amin kurang 10 jam selepas kejadian.

Mangsa telah mengalami kecederaan lebam serta bengkak dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Likas.

Kes dikendalikan oleh Inspektor Suzie@Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.