DBKK Laksanakan Semula Pembayaran Letak Kereta Berkupon Bermula Hari Ini

DBKK Laksanakan Semula Pembayaran Letak Kereta Berkupon Bermula Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanakan semula pembayaran bagi operasi sistem letak kereta berkupon mulai hari ini (13 Julai) selepas ditangguh sebulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 baru-baru ini.

Satu kenyataan yang dikeluarkan agensi berkenaan berkata pengguna yang telah membeli kupon meletak kereta bulanan bagi bulan Jun masih dibenarkan untuk menggunakannya sepanjang bulan ini tanpa risau dikenakan sebarang kompaun.

Kenyataan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 12 Julai berkenaan pelaksanaan semula pembayaran sistem letak Kereta Berkupon bermula 13 Julai (Selasa)…

Semua kaunter dan kiosk Bahagian Pengurusan Letak Kereta DBKK juga akan mula beroperasi hari ini (13 Julai) di mana kupon tersebut boleh mula dibeli.