PGRS SEDIA TERIMA ADUN UMNO YANG DIPECAT

PGRS SEDIA TERIMA ADUN UMNO YANG DIPECAT

0
SHARE
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor...

PUTRAJAYA – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) terbuka untuk menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang dipecat.

Memetik sumber Berita Harian, presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai pemecatan terbabit kerana itu urusan UMNO.

“Saya tidak boleh komen kerana ia membabitkan urusan parti UMNO. Kalau mereka mohon untuk masuk Gagasan Rakyat, insya-Allah kita akan terima.

“Kalau mereka mahu masuk, di Sabah banyak parti politik. Jadi, terpulang kepada mereka untuk memilih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Sabah bersama Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di sini, semalam.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini memaklumkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menyokong pimpinan Ketua Menteri semasa kemelut politik di Sabah pada awal Januari lalu dipecat.

Tiga ADUN yang dipecat itu ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).