PKPD 2 Kampung Di Sabah, Satu Di Sarawak

PKPD 2 Kampung Di Sabah, Satu Di Sarawak

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah serta Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak selama 14 hari bermula hari ini (27 Feb).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti berkenaan.

“PKPD itu dilaksanakan untuk memudahkan pihak KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.