PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah setuju menyertai Kerajaan Perpaduan.
Pada sidang media di Perdana Putra di Putrajaya pagi tadi Anwar berkata ini bermakna kerajaannya akan mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah memaklumkan saya bahawa GRS secara rasmi akan menyertai (Kerajaan Perpaduan)…
“Ini bermakna kekuatan kita termasuk sokongan oleh Gabungan Parti Sarawak, dan kini dengan GRS, telah mencapai dua pertiga ahli parlimen,” katanya.