KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual akan mengadakan lawatan ke Sabah pada hari esok (Ahad).
Beliau akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026, di Suria Sabah, Kota Kinabalu, pada jam 12 tengah hari.
Seterusnya pada jam 2.30 petang, Perdana Menteri dijangka hadir ke program Mini Konvensyen Keadilan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Peringkat Sabah.
Pada sebelah petang, Anwar dijadualkan meluangkan masa untuk mengadakan Sesi Tinjauan Bazar Ramadan di Bazar Ramadan, University Apartment (UA), Sepanggar pada jam 4.55 petang.






