Sabah Terus Catat Penurunan Dengan 497 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Terus Catat Penurunan Dengan 497 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 baharu Sabah jatuh di bawah paras angka 500 hari ini dengan 497 KES.

Ia merupakan penurunan sebanyak TUJUH (7) kes berbanding angka semalam. Dalam pada itu, Daerah Kalabakan mencatatkan sifar (0) kes.

Jurucakap perkembangan hal COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keberkesanan vaksin terbukti apabila 95 peratus ataupun 473 pesakit berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

“Mereka sekadar mengalami simptom ringan atau tidak ada simptom sama sekali walaupun dijangkiti virus…

“Amatlah dianjurkan agar mereka yang telah melengkapkan pengambilan vaksin terus mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Mereka yangg telah lengkap divaksin tidak kebal daripada jangkitan virus COVID-19,” tegas Masidi.

Manakala, pesakit dalam Kategori 3 cuma empat (4) orang, seorang dalam Kategori 4 dan dua (2) orang dalam Kategori 5. Sebanyak 17 kes masih dalam siasatan lanjut.

Katanya lagi, sebanyak 52 peratus kes adalah yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu, 42 peratus merupakan kes lewat daftar antara dua (2) hingga tiga (3) hari.

Sebanyak 28 kes adalah kes lewat daftar antara empat (4) hingga lima (5) hari dan sebanyak dua (2) kes lewat daftar melebihi lima (5) hari selepas keputusan saringan diketahui.

“Kes yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi pada 33 peratus daripada jumlah keseluruhan. Sebanyak 291 kes atau 58 peratus kes dikesan melalui saringan kontak rapat,” jelasnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 71 (60)
Kota Belud – 48 (29)
Tuaran – 36 (41)
Tenom – 32 (23)
Papar – 27 (30)
Putatan – 26 (8 )
Kudat – 25 (15)
Lahad Datu – 22 (19)
Penampang – 22 (44)
Keningau – 22 (28)
Ranau – 20 (24)
Tambunan – 19 (13)
Beluran – 19 (13)
Kota Marudu – 16 (29)
Beaufort – 13 (31)
Sipitang – 12 (2)
Tawau – 12 (14)
Kinabatangan – 11 (11)
Pitas – 8 (19)
Semporna – 7 (4)
Kunak – 7 (6)
Kuala Penyu – 5 (10)
Telupid – 5 (3)
Sandakan – 5 (10)
Nabawan – 5 (4)
Tongod – 2 (10)
Kalabakan – 0 (4)