CSR MAFI Prihatin Beri Bakul Makanan Di Dua Kawasan PKPD Kota Belud

CSR MAFI Prihatin Beri Bakul Makanan Di Dua Kawasan PKPD Kota Belud

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) melalui FAMA Sabah, mengadakan program CSR MAFI Prihatin untuk penduduk yang terjejas di dua kawasan PKPD di daerah Kota Belud.

Agihan sumbangan 150 bakul makanan berupa barangan segar telah disampaikan oleh Datuk Japlin Bin Haji Akim, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, di dua kawasan PKPD iaitu Kampung Nahaba dan Kampung Jawi Jawi, Kota Belud.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan kempen lebihkan makan buah- buahan dan sayuran tempatan yang mana dapat meningkatkan imunisasi badan dan sumber vitamin yang diperlukan untuk melawan penyakit.

Sumbangan in sebagai keprihatinan kepada penduduk kampung yang terkesan akibat perlaksanaan PKPD.