Suspek Lelaki Curi Motorsikal Dibakar Hidup-Hidup Oleh Penduduk Kampung

Suspek Lelaki Curi Motorsikal Dibakar Hidup-Hidup Oleh Penduduk Kampung

0
SHARE
Lokasi kejadian di mana suspek lelaki dibakar hidup-hidup bersama motor oleh orang ramai yang berang selepas didakwa sering terlibat kes curi... (Sumber Foto: Ketua Polis Kwanyar)

JAKARTA, INDONESIA – Penduduk kampung bertindak membakar hidup-hidup seorang suspek lelaki yang dipercayai sering terlibat dengan kes curi motorsikal di Wilayah Jawa Timur, Indonesia.

Difahamkan menurut laporan portal Tribun News, seorang saksi bernama Abdur Rahman mengatakan suspek lelaki yang didakwa pencuri itu dikatakan telah mencuri sebuah motosikal pada pukul 2 petang (waktu tempatan) pada Isnin baru-baru ini.

“Sekitar pukul empat petang (waktu tempatan), suspek berjaya ditangkap orang ramai dan dibelasah sehingga lembik,” katanya.

Penduduk kampung dan orang ramai yang berang dan teramat marah dengan suspek kes curi motosikal berkenaan telah bertindak di luar batasan dengan mengheret suspek ke sebuah kawasan tanah kosong dan dibakar hidup-hidup bersama motosikal yang didakwa dicurinya.

“Kemarahan orang ramai semakin memuncak sehingga lelaki itu akhirnya dibakar…

“Ada antara penduduk yang melarang dia dibakar kerana melihatkan keadaannya yang sudah tidak berdaya,” katanya.

Jelas Abdur Rahman, terdapat juga penduduk yang cuba menghubungi Ketua Kampung dan Polis, namun gagal dihubungi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kwanyar, Mohammed Mansur mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa bedah siasat sedang dijalankan terhadap mayat lelaki itu.