PUTATAN, SABAH – Persatuan Komuniti Toraja Malaysia (PKTM) telah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pengorbanan dan sumbangan para barisan hadapan (frontliners) dengan memberi sumbangan kepada Pusat Pemberiaan Vaksin (PPV) Putatan kelmarin.
Antara sumbangan yang telah di sampaikan adalah kerusi roda, makanan harian petugas, alat tulis, PPE dan bantuan pengangkutan. Sumbangan ini telah di sampaikan oleh Presiden PKTM Dato Kalina KY Wong.
Pegawai Kesihatan daerah Putatan, Dr. Omar Kwang Kugan telah menerima sumbangan tersebut bagi mewakili PPV Putatan.
Dato Kalina berharap sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban petugas PPV dan seterusnya melancarkan proses vaksinasi yang sedang berjalan.
Selain itu, beliau juga berharap agar lebih ramai pihak tampil memberi sebarang bentuk bantuaan kepada pusat-pusat pemberiaan vaksin di seluruh negara.
Di majlis yang sama, Dr. Omar turut menggesa agar orang ramai khususnya di daerah Putatan untuk segera mendaftar bagi program vaksinasi ini melalui aplikasi MySejatera.
Beliau juga berharap kepada sesiapa yang telah dipanggil untuk temujanji vaksinasi agar dapat menghadirkan diri seperti yang dijadualkan.