3,000 Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina UPPM Luyang

3,000 Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina UPPM Luyang

0
SHARE
Abidin
Abidin (belakang, lapan dari kanan) menerima cenderamata yang disampaikan Gee (belakang, sembilan dari kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kira-kira 3,000 pengunjung memeriahkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Luyang.

Sambutan berkenaan dirasmikan oleh wakil Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir di sini, pada Jumaat.

Selain gerai jualan makanan, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan antaranya tarian dan nyanyian oleh murid sekolah serta tarian singa.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Richard Yong Ke Wong, Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Yong Teck Lee, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Luyang, Gee Tien Siong. — JABATAN PENERANGAN SABAH