VIDEO TULAR: SANGAT MELAMPAU PEMIMPIN PARTI WARISAN SABAH MAKI MAYOR DBKK ‘OTAK...

VIDEO TULAR: SANGAT MELAMPAU PEMIMPIN PARTI WARISAN SABAH MAKI MAYOR DBKK ‘OTAK UDANG’

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Hanya kerana tidak dibenarkan mengagihkan bantuan barangan makanan mentah ke kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pemimpin Parti Warisan dan penyokong Datuk Azis Jamman sanggup memaki Mayor Kota Kinabalu dengan panggilan ‘OTAK UDANG’.

Video berunsur makian yang berdurasi 2 minit 51 saat tersebut tular sejak pagi tadi di media sosial Facebook dan mendapat kecaman dari netizen khususnya di Sabah.

 

 

 

 

 

 

Menurut aktivis NGO yang terlibat dalam pengagihan bantuan barangan makanan yang enggan nama mereka disiarkan pula berkata, pemimpin-pemimpin Warisan Sabah khususnya Datuk Azis Jamman yang juga Ahli Parlimen Sepanggar tidak perlu berlagak ‘BIADAP’ kepada pihak berkuasa.

“Kami juga turut tidak memasuki kawasan PKPD di Kampung Likas untuk menghantar bantuan termasuk banyak kawasan PKPD yang lain bagi mengelak terkena jangkitan COVID-19 semasa mengagihkan bantuan kepada penduduk di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan untuk orang luar…

“Ketua Pemuda UMNO Sabah termasuk jenteranya juga turut dilarang unutk masuk ke Kampung Likas dan tetap mengagihkan bantuan melalui ‘frontliners’ yang bertugas. Mereka juga tidak memaki walaupun dilarang untuk mengagihkan bantuan terus kepada penduduk di sana.” 

Ketua Pemuda UMNO Sabah turut dilarang menghantar bantuan ke Kampung Likas yang dikenakan PKPD dan kemudian menghantar bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan (frontliners)…

“Ahli Parlimen Sipitang dan jentera mereka juga dilarang masuk ke kawasan PKPD di Sipitang, tetapi tidak ada nada memaki yang dilontarkan kepada wakil pihak berkuasa,” jelas aktivis NGO itu.

Ahli Parlimen Sipitang turut dilarang untuk menghantar bantuan ke SFI yang dikenakan PKPD dan kemudian menghantar bantuan makanan tersebut melalui Pejabat Daerah Sipitang…

“Sepatutnya kalau mereka ikhlas mahu membantu masyarakat Kampung Likas, barang-barang makanan boleh terus dihantar kepada ‘frontliners’ yang bertugas di sempadan kampung dan mereka akan membantu mengagihkan makanan tersebut…

“Ini adalah tanggungjawab asas bagi Azis sebagai Ahli Parlimen Sepanggar,” ujar mereka lagi.

Untuk rekod, pemimpin-pemimpin Parti Warisan Sabah semasa mentadbir Sabah amat dikenali dengan sikap ego mereka, malahan turut menggelar negeri Sabah sebagai mereka yang punya dengan slogan “Sabah Kita Punya”.

Slogan “Sabah Kita Punya” tersebut amat sinonim dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Parti Warisan Sabah.

 

 

 

 

 

 

VIDEO Ketua Wira Warisan Sepanggar melaungkan slogan ‘Sabah Kita Punya’…

VIDEO Penyokong setia Datuk Seri Shafie Apdal dan ahli Parti Warisan Sabah melaungkan slogan ‘Sabah Kita Punya’…