KOTA KINABALU, SABAH – Situasi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) petang tadi menjadi hangat seketika berikut permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe, untuk memanjangkan sesi tersebut.
ADU) Luyang, Phoong Jin Zhe ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, 22 Sept…
Kemahuan “Ginger” Phong disokong ADUN Tanjong Aru, Datuk Junz Wong, yang turut bersetuju bahawa masa persidangan Rabu tadi yang berpendapat ianya wajar ditolak kepada pukul 5.15 petang daripada masa yang ditetapkan iaitu 3.15 petang.
Ginger memetik Peraturan 2(1)a daripada tata tertib DUN bagi menguatkan hujahnya.
Namun Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya menerangkan bahawa masa yang dipendekkan itu di atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semasa persidangan ini dipanggil terlebih dahulu tiada bantahan yang dikemukakan daripada mana-mana pihak (untuk ianya dipanjangkan)…
“Oleh yang demikian kita tetapkan mana yang akan sempat berucap sampai pukul 3.30 petang di mana persidangan ini akan ditangguhkan,” katanya.
ADUN Luyang itu juga diberi ingatan oleh ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, yang berkata ianya tidak adil kepada mereka yang telah pun memberikan hujah tanpa pemanjangan masa.
ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir turut bersuara dengan esok masih ada.
“Sesiapa yang tidak mempunyai peluang dalam persidangan hari ini ataupun esok, hal tersebut boleh dibawa ke persidangan seterusnya iaitu pada bulan November…

“Sedangkan persidangan di Parlimen juga dipendekkan disebabkan arahan Majlis Keselamatan Negara.
“Kita berada dalam pandemik, di mana fokus terletak kepada isu kesihatan kita sendiri selain daripada pembangunan Sabah.
“Kalau KKM sudah memberi arahan kita ikut sahaja, tiada isu, lagi pun Speaker sudah mencadangkan dewan ini ditutup pada pukul 3.30 petang tadi dan semua bersetuju,” katanya.