Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Dengan 1,119 Kes Hari Ini

Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19 Dengan 1,119 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 menunjukkan trend penurunan sebanyak 91 kes berbanding rekod semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah keseluruhan 1,119 KES hari ini merupakan angka terendah yang sejak 6 Ogos lalu.

“Statistik menunjukkan 15 daerah mencatatkan penurunan (kes), 11 daerah mencatatkan peningkatan dan satu (1) daerah iaitu Beaufort, kekal dengan catatan sebagaimana semalam manakala satu (1) daerah iaitu Kuala Penyu mencatatkan sifar kes,” katanya.

Katanya bandar Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan hanya sebanyak dua (2) kes di mana terdapat enam (6) kes yang melibatkan tahanan dan tujuh (7) kes yang melibatkan pekerja pelantar minyak.

Kawasan perbandaran lain merekodkan peningkatan kecuali Penampang, Kudat, Lahad Datu dan Tawau.

“Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Pitas (+30) kes, Telupid (+20) kes, Tongod (+19) kes dan Kinabatangan (+12) kes…

“Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Penampang (-35) kes, Keningau (-29) kes, Kota Belud (-29) kes, Ranau (-28) kes, Kota Marudu (-26) kes dan Kudat (-14) kes,” beliau berkata.

Sejumlah 558 kes hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 720 kes atau 60 peratus daripada jumlah keseluruhan…

“Jumlah pesakit tertinggi berada dalam Katergori 2 dengan 951 kes atau 79 peratus, manakala, terdapat empat (4) kes dalam Kategori 5,” katanya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (22 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 150 (148)
Sandakan – 102 (96)
Lahad Datu – 100 (107)
Pitas – 70 (40)
Keningau – 66 (95)
Papar – 63 (62)
Tuaran – 63 (61)
Putatan – 63 (57)
Kota Marudu – 54 (80)
Kota Belud – 49 (78)
Tawau – 48 (51)
Penampang – 47 (82)
Telupid – 42 (22)
Tongod – 38 (19)
Nabawan – 37 (42)
Beluran – 36 (40)
Ranau – 31 (59)
Kinabatangan – 30 (18)
Tenom – 26 (19)
Kudat – 17 (31)
Kunak – 16 (17)
Beaufort – 14 (14)
Tambunan – 11 (20)
Semporna – 10 (12)
Sipitang – 8 (10)
Kalabakan – 8 (5)
Kuala Penyu – 0 (6)