Trend ‘Turun-Naik’ Kes COVID-19 Sabah Dijangka Berterusan

Trend ‘Turun-Naik’ Kes COVID-19 Sabah Dijangka Berterusan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Trend ‘turun-naik’ jumlah kes harian COVID-19 di Sabah dijangka akan berterusan walaupun negeri ini mencatatkan tiga angka sejak 25 September lalu, demikian menurut Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan malam tadi.

Masidi yang juga Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah berkata negeri ini akan mengalami peningkatan dan penurunan secara tidak menentu.

“Apabila virus sudah berada dalam komuniti, jangkitan sporadik mudah berlaku dan turun naik jumlah kes harian banyak dipengaruhi sikap serta tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP),” jelasnya.

Selain itu, Masidi juga berkata jumlah kes COVID-19 yang dikesan melalui saringan bergejala adalah tinggi selain saringan kontak rapat yang mencatatkan sebanyak 54.02 peratus (54.02%).

Masidi berkata, jumlah kes harian COVID-19 kelmarin (7 Okt) kekal tiga angka. Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu adalah 820 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 203,488 kes.

 

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 07 Oktober 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

“Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu tiga kes di Sandakan dan Tawau, dua kes di Lahad Datu manakala Beluran, Nabawan, Keningau, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian,” katanya.