Bapa Atlet MMA Terkenal Dunia Khabib Meninggal Dunia Akibat Kompilasi COVID-19

Bapa Atlet MMA Terkenal Dunia Khabib Meninggal Dunia Akibat Kompilasi COVID-19

0
SHARE

MOSCOW – Bapa kepada atlet seni bela diri campuran (MMA) terkenal dunia Khabib Nurmagomedov meninggal dunia di Moscow semalam dipercayai akibat komplikasi berpunca dari penularan wabak COVID-19.

Abdulmanap, 57, yang juga jurulatih kepada Khabib dilaporkan terkena serangan jantung selepas disahkan dijangkiti wabak Covid-19, yang memerlukan beliau melakukan pembedahan bypass dan kemudian didapati koma.

Berdasarkan laporan doktor yang dipetik portal berita antarabangsa RT News, keadaan jurulatih terkenal MMA itu pada awalnya didapati serius tetapi stabil namun beliau tidak dapat bertahan ekoran jangkitan wabak tersebut.

Untuk rekod, Khabib telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang ahli gusti veteran sepanjang kariernya.

Menerusi siri kejayaan Khabib, beliau diangkat sebagai jurulatih terkenal di negaranya dan meraih gelaran “Bapa MMA Dagestan”.

Pada masa yang sana, seteru utama Khabib iaitu Conor McGregor menyampaikan ucapan takziah kepada Khabib dan keluarga yang baru saja kehilangan bapanya.

“Kehilangan seorang ayah, jurulatih, dan penyokong tegar sukan ini. Takziah buat Abdulmanap Nurmagomedov,” kata McGregor di media sosial.

Untuk rekod, McGregor beberapa kali mahu mengadakan perlawanan semula sejak kekalahan itu, tetapi Khabib tidak berminat, lebih-lebih lagi ketika bapanya dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19.

Abdulmanap bagaimanapun sudah memaafkan McGregor yang sering menghamburkan kata-kata kesat kepada mereka.

“Assalamualaikum semua. Saya maafkan Conor McGregor, semua sudah berlalu…

“Penting untuk membuat analisis dia atas setiap perkara yang berlaku, dan belajar daripadanya. Saya harap ini satu rahmat,” tulis Abdulmanap di media sosial pada tahun 2018.