TAIPEI, TAIWAN – Seorang lelaki di Taiwan hampir kehilangan kelelakiannya selepas membuat prosedur khatan keatas dirinya sendiri menggunakan kit yang dibeli secara dalam talian.
Sin Chew Daily pada Selasa melaporkan lelaki itu telah membeli kit do-it-yourself (DIY) tersebut dari Taobao.
Kit itu termasuk ubat bius ringan yang disembur pada kemaluannya, namun prosedur untuk membuang kulup menyebabkan lelaki itu berakhir di hospital.
Pakar Urologi terkenal Dr Chen Zhongzuo menulis di akaun media sosialnya tentang pesakit terbabit.
“Apabila tidak dapat lagi menahan kesakitan selepas tujuh hari, lelaki itu memutuskan untuk mendapatkan rawatan perubatan.
“Hasil daripada berkhatan sendiri, kemaluan lelaki itu dijangkiti dan kursus antibiotik diperlukan.
“Jika lelaki itu tidak mendapatkan rawatan perubatan, dia terpaksa memerlukan pembedahan,” katanya.
Dr Chen menggesa lelaki supaya tidak berkhatan sendiri kerana risiko berlakunya perkara yang tidak diingini adalah sangat tinggi.