NAIROBI: Pemegang rekod dunia maraton lelaki, Kelvin Kiptum, 24 tahun yang berasal dari Kenya dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Lapor BBC, Kiptum maut bersama jurulatihnya, Gervais Hakizimana berasal dari Rwanda dalam kemalangan berhampiran bandar Eldoret.
Kiptum pada tahun lalu muncul sebagai pesaing kepada rakan senegaranya, Eliud Kipchoge.
Beliau telah memecahkan rekod dunai Kipchoge di Chicago pada Oktober 2023 dengan larian sejauh 26.1 batu dalam masa dua jam, 35 saat.
Minggu lalu, pasukannya mengumumkan bahawa beliau akan cuba berlari dalam jarak kurang dua jam di maraton Rotterdam, yang mana rekod tersebut belum pernah dicapai dalam pertandingan terbuka.
Sementara itu, kematian Kiptum turut diratapi bekas Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga yang menyifatkan negara itu telah kehilangan ‘wira sejati’.
“Kiptum merupakan seorang inidividu yang sangat luar biasa dan merupakan ikon olahraga Kenya,” katanya.