Gadis Tempatan Terseliuh, Disikut Turun Gunung Kinabalu

Gadis Tempatan Terseliuh, Disikut Turun Gunung Kinabalu

0
SHARE

RANAU, SABAH – Hasrat seorang wanita tempatan untuk menawan Gunung Kinabalu terhenti di KM4.1 laluan pendakian apabila terseliuh kaki petang tadi.

Mujur Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) sentiasa bersedia bertindak pada mana pun altitud gunung tersebut.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan panggilan kecemasan telah diterima pada jam 1.15 petang.

Tindakan awal pasukan MOSAR, anggota Taman-Taman Sabah dan Malim Gunung memberikan rawatan awal kepada mangsa berumur 22 tahun itu…

Beliau seterusnya disikut turun ke Timpohon Gate menggunakan kaedah ‘piggyback carry’.

“Mangsa dihantar ke Hospital Ranau manggunakan jentera EMRS dan operasi tamat pada jam 3.15 petang,” katanya.