SHELL BATAL RANCANGAN TUTUP DI SABAH SELEPAS BERBINCANG DENGAN KERAJAAN NEGERI

SHELL BATAL RANCANGAN TUTUP DI SABAH SELEPAS BERBINCANG DENGAN KERAJAAN NEGERI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Shell telah membatalkan rancangan awal untuk menutup stesen minyaknya di Sabah berikutan beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan berita baik itu,” Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata demikian ketika mengulas pengumuman Shell Timur Sdn Bhd itu.

Terdahulu, Shell Timur mengumumkan untuk menutup 34 stesen minyaknya di Sabah berkuat kuasa Januari tahun depan.

Susulan pengumuman Shell mengenai penutupan yang akan berlaku pada Jun lalu, Hajiji bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman bagi membincangkan perkara itu.

“Kami telah membawa isu ini kepada perhatian kerajaan Persekutuan. Kami hargai sensitiviti kerajaan Persekutuan terhadap keadaan di Sabah dan kami menghargai mereka kerana telah mendengarnya,” katanya.