Inkues Zara: Mahkamah Koroner Tiba di SMKA Pada 9.15 Pagi Bagi Sesi...

Inkues Zara: Mahkamah Koroner Tiba di SMKA Pada 9.15 Pagi Bagi Sesi Locus in Quo

0
SHARE

Oleh: Mirlen Axtius

PAPAR: Kenderaan membawa Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan bersama pasukan peguam, pemerhati serta pakar patologi, Dr Jessie Hiu, tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada jam 9.15 pagi bagi menghadiri sesi locus in quo prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

Sesi prosiding luar mahkamah itu dijadualkan bermula pada jam 9.30 pagi, sebelum prosiding disambung semula di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 2 petang.

Lebih awal, pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba pada jam 7.30 pagi di lokasi, manakala pasukan Pendakwa Raya diketuai Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad bersama beberapa Timbalan Pendakwa Raya lain hadir sekitar jam 8.30 pagi.

Sesi locus in quo ini diadakan bagi meninjau tempat kejadian sebenar sebagai sebahagian daripada prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu berkenaan.

Turut dijangka pasukan peguam pesalah kanak-kanak akan membawa patung bagi tujuan simulasi jatuhan pada sesi locus in quo pada pagi ini.