THP SABACO BAYAR ZAKAT RM1.34 JUTA KEPADA MUIS

THP SABACO BAYAR ZAKAT RM1.34 JUTA KEPADA MUIS

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan replika cek daripada Pengerusi THP Sabaco, Datuk Dr Ahmad Kushairi kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Yahya Hussin ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – THP Sabaco Sdn Bhd membayar zakat perniagaan sebanyak RM1,342,126 untuk tahun 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Majlis penyerahan wang zakat daripada Pengerusi THP Sabaco Datuk Dr Ahmad Kushairi Din kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Yahya Hussin disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, baru-baru ini.

Terdahulu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad Mohamed Zainurin Mohamed Zain mengenai aktiviti dan hala tuju TH Plantations dan THP Sabaco Sdn Bhd.

THP Sabaco Sdn Bhd ialah syarikat usaha sama antara TH Plantations, cabang perladangan Lembaga Tabung Haji dan Musman Holdings, yang terlibat dalam perladangan kelapa sawit.