KERAJAAN NEGERI MEWARTAKAN KAMPUNG BERINGGIS DAN KAWANG SEBAGAI RIZAB KAMPUNG

KERAJAAN NEGERI MEWARTAKAN KAMPUNG BERINGGIS DAN KAWANG SEBAGAI RIZAB KAMPUNG

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar bersama pemegang amanah tanah Kampung Kawang dan Kampung Beringgis serta tetamu jemputan selepas majlis penyampaian di Kampung Pengalat Besar Papar...

PAPAR, SABAH – Kerajaan Negeri telah mewartakan tanah seluas 129.04 hektar sebagai kawasan kampungrizab untuk Kampung Beringgis dan Kampung Kawang di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menyampaikan surat warta kepada Pegawai Daerah, Hadzlan Jabli.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cek replika RM2 juta kepada Datuk Juil Nuatim untuk pembinaan dewan serbaguna di Limbahau…

Di bawah warta bertarikh 12 Mei 2022, 48.10 hektar telah diwartakan sebagai kampung rizab untuk Kampung Beringgis manakala 80.937 hektar untuk Kampung Kawang…

Majlis tersebut diadakan di kediaman Adun Kawang dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar sempena rumah terbuka Aidilfitri beliau di Pengalat Besar hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cek replika RM600,000 kepada Pengetua SM St Joseph Papar Jenith Mahibol…

Ketua Menteri turut menyampaikan replika cek RM600,000 kepada Pengetua SM St Joseph Papar, Jenith Mahibol dan RM2 juta kepada Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim, bagi pembinaan bangunan baru sekolah dan balai raya baru di kawasan tersebut.

Kedua-dua sumbangan adalah daripada Kerajaan Negeri.

Hadir sama, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Mohd Tamin Zainal yang juga Adun Pantai Manis, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Bernard Liew dan ketua PBS Pantai Manis Datuk Johnny Mositun serta pemimpin-pemimpin masyarakat.