UMNO, BN TETAP SOKONG KERAJAAN SEDIA ADA

UMNO, BN TETAP SOKONG KERAJAAN SEDIA ADA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika ini.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pendirian itu sudah dinyatakan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Memetik kenyataan BH Online, Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Luar Negeri berkata; “Dalam BN dan UMNO, sudah membuat pendirian dan (perkara itu) diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam.”

“Saya sendiri dan rakan dalam Dewan (Rakyat) yang rapat dengan saya, bukan sahaja sokong tetapi senada dengan pendirian yang diumumkan iaitu tetap sokong kerajaan sedia ada,” katanya.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein…

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perubatan COVID-19 dari Arab Saudi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan dalam kenyataan semalam berkata, lebih 110 Ahli Parlimen masih bersama menyokong kerajaan sedia ada.

Dalam kenyataan itu beliau turut menjunjung titah Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara semalam (Khamis).

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung lebih 110 Ahli-Ahli Parlimen beri sokongan kepada kepada Kerajaan hari ini, 29 Julai…