Detik Cemas Buat Sekeluarga Apabila Rumah Roboh Dan Jatuh Ke Dalam Laut

Detik Cemas Buat Sekeluarga Apabila Rumah Roboh Dan Jatuh Ke Dalam Laut

0
SHARE
Paras air laut pada waktu kejadian tidak membahayakan nyawa mangsa, namun mereka tetap mengalami kerugian barang rumah yang rosak...

SANDAKAN, SABAH – Sekeluarga di perkampungan atas air Bokara di sini mengalami detik cemas apabila rumah mereka roboh dan jatuh ke dalam laut.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi dipercayai berpunca daripada tiang kayu rumah yang telah reput.

Pusat Gerakan Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata pihak mereka mendapat panggilan kecemasan berkenaan pada pukul 3.04 petang.

“Rumah jenis Program Perumahan Rakyat dengan keluasan 20×30 kaki itu didapati 100 peratus rosak…

“Walaubagaimanapun, semua penghuninya dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya.

Operasi tamat pada pukul 4.10 petang selepas kumpulan Bomba terdiri dari lima (5) pegawai dan anggota memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain.