Sabah Catat Lonjakkan Angka 1,066 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Lonjakkan Angka 1,066 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan lonjakkan kes baharu positif COVID-19 hari ini (30 Julai) yang mana adalah tertinggi setakat ini bagi tahun 2021 iaitu sebanyak 1,066 KES.

Daerah Kota Kinabalu merupakan penyumbang yang tertinggi dengan 206 kes, diikuti Tawau dengan 171 kes dan Beaufort dengan 87 kes manakala hanya daerah Telupid, Nabawan dan Pitas melaporkan sifar kes baharu.

Jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata DUA (2) kluster baharu turut dilaporkan iaitu Kluster Batu Dua di Tawau dan Kluster Jalan Gunsapau yang melibatkan daerah Ranau dan Kota Marudu.

“Seperti biasa, sarıngan kontak rapat merupakan penyumbang paling tinggi iaitu 640 kes atau 60 peratus di mana daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah saringan kontak paling tinggi yakni 125 kes…

“Ini diikuti oleh saringan bergejala yang mencatatkan 157 kes atau 14.7 peratus.

“Kluster sedia ada pula menambah 141 kes atau 13.2 peratus manakala sarıngan bersasar merekodkan 19 kes atau 2.6 peratus,” katanya dalam sebuah rumusan harian COVID-19.

Jumlah kes mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kota Kinabalu: 206
Tawau: 171
Beaufort: 87
Penampang: 82
Tuaran: 79
Keningau: 77
Beluran: 64
Sipitang: 43
Sandakan: 42
Kalabakan: 36
Tenom: 28
Kota Belud: 23
Putatan: 20
Ranau: 19
Papar: 17
Tongod: 16
Kudat: 15
Kunak: 11
Kinabatangan: 9
Lahad Datu: 7
Kota Marudu: 5
Kuala Penyu: 5
Semporna: 3
Tambunan: 1