Wanita Parah Hilux Langgar Bas Persiaran

Wanita Parah Hilux Langgar Bas Persiaran

0
SHARE
Foto ihsan Bomba Sabah...

TUARAN, SABAH – Seorang wanita 27 tahun parah apabila kenderaan jenis Toyota Hilux SR dinaikinya melanggar sebuah Bas Persiaran yang diletak di tepi jalan di Jalan Salut menuju ke Karambunai sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan terdapat tiga orang mangsa terlibat di dalam kenderaan Toyota Hilux SR.

“Seorang lelaki, hanya dikenali sebagai Roland, dan seorang perempuan 17 tahun, Nurfadzilah Sukardi, dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Mereka dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan kesemua mangsa seterusnya dihantar ke Hospital menaiki Ambulans dan jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya berhubung insiden 9.40 itu.