PM Minta Sabah Guna Peruntukan Dengan Cekap, Efektif Untuk Pembangunan

PM Minta Sabah Guna Peruntukan Dengan Cekap, Efektif Untuk Pembangunan

0
SHARE
Anwar
Anwar melawat salah sebuah reruai pameran sempena Persidangan SIBEC 2024 ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Sabah, selaku negeri menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2025, menggunakan dana itu dengan lebih cekap dan efektif untuk pembangunan.

Memetik sumber Berita Harian, beliau mengingatkan kerajaan negeri agar menguruskan peruntukan terbabit secara telus dan cekap, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak mahu sebarang kerugian akibat kelewatan dan rasuah.

“Tolong hargai, peruntukan untuk Sabah adalah yang paling tinggi direkodkan. Sekarang, tugas anda adalah untuk laksana secara telus dan cekap.

“Saya tidak mahu tidak mahu sebarang kerugian akibat kelewatan dan rasuah. Bekerjalah sebagai satu pasukan,” katanya berucap melancarkan Sabah International Blue Economy Conference 2024 (SIBEC2024), di sini hari ini.

Meneruskan ucapan pada majlis turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor itu, Anwar mengakui dana diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 tidak boleh menyelesaikan semual masalah.

“Adakah ia boleh selesaikan semua masalah seperti sekolah dan hospital? Tidak, tetapi ia percubaan yang baik dan kita akan terus melakukannya. Sekarang, tugas anda untuk melaksanakannya (urus peruntukan) secara telus dan cekap.

“Kini menjadi tanggungjawab anda untuk memastikannya,” katanya.

Sabah menerima kenaikan 0.45 peratus peruntukan pembangunan kepada RM6.7 bilion dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam.