PN Tagih Simpati Rakyat Anjur Tunjuk Perasaan Ketika Sambutan Hari Malaysia –...

PN Tagih Simpati Rakyat Anjur Tunjuk Perasaan Ketika Sambutan Hari Malaysia – Mohd Rafi

0
SHARE
Bn
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Mohd Rafi Alli Hassan

LABUAN, SABAH – Pemuda Perikatan Nasional (PN) menganjurkan tunjuk perasaan semata-mata menarik simpati rakyat kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.

Katanya tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan ialah dengan menghangatkan isu dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“PN hanya dilihat meraih populariti dengan menggunakan taktik politik murahan sehingga sanggup terlibat dalam himpunan pada Sabtu lepas.

“PN tidak dapat menerima kenyataan sokongan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan Perpaduan sebenarnya bukan hanya kerana Ahmad Zahid tetapi lebih menjunjung Titah Tuanku Agong dan menyelamatkan negara daripada krisis politik selepas PRU-15.

“Saya nasihatkan kepada mereka yang masih rindu dan ingin berjuang bersama UMNO untuk kembali menyertai UMNO dan beri sokongan kepada parti yang banyak berjasa dengan memberikan sumbangan kesenangan serta kekayaan kepada kepimpinan PN yang kebanyakkannya adalah bekas-bekas ahli UMNO,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata isu DNAA Ahmad Zahid bukan perkara yang mengejutkan kerana PN sendiri juga pernah melakukan perkara sama terhadap pemimpin mereka dan sekutu-sekutunya.

Sebelum ini PN cukup percaya sehingga mengeluarkan kenyataan mendakwa yakin dan percaya kepada Badan Kehakiman dan Perundangan Negara lebih-lebih lagi jika melibatkan pembebasan pemimpin mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd Rafi yang juga Ketua Bahagian UMNO Labuan berkata, mereka perlu menghormati sambutan Hari Malaysia.

“Kita mempunyai tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanah air. Semua kena memandang ke hadapan dan pihak Kerajaan perlu fokus menjalankan tanggungjawab bangunkan negara serta bantu rakyat yang agak terbeban dengan kos sara hidup tinggi sekarang ini selain iklim ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini.

“Janganlah kerana tidak sabar menunggu empat tahun lagi mereka mahu membawa rakyat kejalanan untuk rampas kuasa,” jelas Mohd Rafi.

Beliau berkata semua Ahli Parlimen BN yang ada sekarang mempunyai pendirian yang teguh sekaligus tidak akan menjadi ‘katak’ seperti kebanyakan yang ada di pihak sebelah.