Uztaz Ebit Liew Dakwa Difitnah Gangguan Seksual, Buat Laporan Polis

Uztaz Ebit Liew Dakwa Difitnah Gangguan Seksual, Buat Laporan Polis

0
SHARE
Ebit
Ebit menunjukkan laporan polis fitnah yang tidak berasas dan keterlaluan selepas membuat laporan di balai polis USJ 8 di Subang Jaya ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Ebit Liew )

PETALING JAYA, SELANGOR – Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Uztaz Ebit Lew memfailkan laporan polis berhubung dakwaan yang dipercayainya berunsur fitnah terhadapnya.

Ebit berkata beliau memfailkan laporan itu di balai polis USJ 8 di Subang Jaya berhubung fitnah yang tidak berasas dan keterlaluan.

“Saya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam catatan Facebook.

Beliau berkata peguamnya juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ebit dipercayai membuat laporan polis berhubung video tular baru-baru ini yang memaparkan wawancara dengan seorang wanita dari negara jiran, yang sebelum ini menerima bantuannya.

Dalam video itu, wanita itu mendakwa dia
diganggu secara seksual oleh pendakwah bebas terkenal dari Malaysia ketika pertama kali tiba di negara ini awal tahun ini.

Pada awal tahun ini, penceramah bebas terbabit telah membantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang berusia empat tahun, seorang diri.

Wanita berusia 21 tahun bernama Mondy itu dilihat dipenuhi tatu termasuk dalam matanya.