BAU, SARAWAK – Seorang suspek curi kereta berjaya ditangkap oleh pihak polis sekitar jam 1.30 tengahari semalam di dalam sebuah tong air bersebelahan sebuah pondok di dalam hutan.
Menurut info awal, pihak polis menangkap suspek disebabkan maklumat daripada orang awam yang curiga tentang sebuah kereta Mjeep Landcruiser dalam keadaan terbabas di tepi jalan Kampung Suba Buan.
Hasil semakan polis, kereta tersebut didapati telah dicuri dihadapan kedai kopi di Batu 3 Jalan Penrisen.
Seorang lagi rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dan setakat ini salah seorang suspek yang berjaya ditangkap kini ditahan polis untuk tindakan selanjutnya