Polis Kesan Penunggang Motosikal Langgar Lari Korbankan Warganegara China Dekat JKR Putatan 

Polis Kesan Penunggang Motosikal Langgar Lari Korbankan Warganegara China Dekat JKR Putatan 

0
SHARE

PENAMPANG: Polis daerah ini sedang mengesan seorang penunggang motosikal dalam kes langgar lari yang mengorbarkan seorang pejalan kaki warganegara China berhampiran lampu isyarat JKR Putatan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata, Pihak Bahagian Siastan Dan Penguatkusaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menerima laporan berkenaan kejadian lebih kurang 1.30 petang itu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah dibawa oleh petugas perubatan menaiki ambulans ke Hospital Queen Elizabeth manakala, penunggang motosikal pula gagal dikesan. 

“Mangsa merupakan seorang warganegara China lelaki berusia 50 tahun dipercayai dilanggar oleh sebuah motosikal ketika melintas jalan raya seorang diri menuju arah Pan Borneo Hotel ke arah Servay Putatan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital akibat pendarahan di kepala,” jelasnya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Pihak polis meminta kerjasama orang awam atau saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan bagi mengesan suspek penunggang motorsikal tersebut.

Sebarang maklumat boleh segera disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.