Polis Kesan Suspek Wanita Curi Pakaian di Butik Siti Khadijah, Imago

Polis Kesan Suspek Wanita Curi Pakaian di Butik Siti Khadijah, Imago

0
SHARE

KOTA KINABALU: Polis kini sedang mengesan seorang wanita disyaki terlibat dalam kejadian kecurian beberapa helai pakaian di Butik Siti Khadijah, Imago Shopping Mall, yang berlaku pada 19 September lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, pihaknya menerima laporan daripada pekerja butik berkenaan pada 20 September 2025, selepas mendapati beberapa helai pakaian telah hilang disyaki dicuri oleh individu tidak dikenali.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang pelanggan wanita telah memasuki butik tersebut sekitar jam 11.24 pagi dan mengambil dua helai baju serta sehelai skirt, masing-masing bernilai antara RM158 hingga RM188. 

“Suspek kemudian memasukkan pakaian itu ke dalam beg miliknya sebelum meninggalkan premis tanpa membuat sebarang pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali individu terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, SM Rosmah di talian 011-3167 7612, atau mana-mana balai polis berdekatan.

ACP Kasim turut menasihatkan para peniaga agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan perniagaan dan memastikan kamera keselamatan berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.