PAPAR, SABAH – Polis daerah ini berjaya menahan seorang suspek lelaki berumur 40an disyaki pengedar dadah jenis syabu.
Sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Papar turut merampas dadah tersebut dalam anggaran berat 5.62 gram pada suspek.
Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp dan Meth (syabu).
“Suspek telah disiasat dibawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kejayaan tangkapan ini merupakan salah satu usaha Polis Diraja Malaysia dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menasihati orang ramai jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah boleh disalurkan terus kepada IPD Papar di talian 088-912 222.





