KOTA KINABALU, SABAH – Pihak Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya tampil mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berita berbayar Parti Warisan, ‘Ini Sabah Bah’.
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), mutakhir ini portal tajaan sepenuhnya Parti Warisan ‘Ini Sabah Bah’ dilihat semakin aktif memuat naik berita fitnah ke atas Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) termasuk Tan Sri Musa Aman serta Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan ini adalah jelas satu perbuatan yang cukup jahat, jijik serta cubaan mewujudkan ketidaktenteraman awam.
BEBAS berkata lagi “kami tahu ramai pemimpin Parti Warisan termasuk kroni Shafie Apdal yang mengalami kemurungan dan sakit jiwa selepas kekalahan parti itu pada PRN ke 16 lalu”.
“Tetapi dalam masa yang sama, kami ingin menasihati Shafie termasuk pemimpin dan penyokong Warisan kalau mereka fikir perbuatan memfitnah sebegini kononnya akan mampu menarik sokongan rakyat Sabah kembali kepada Warisan, ini adalah jangkaan yang cukup salah.”
“Rakyat Sabah bukan bodoh untuk menilai fakta dan fitnah”.
Sebagai contoh artikel ‘Ini Sabah Bah’ pada tarikh 28 Okt 2022 telah memuat naik berita fitnah bertajuk “Vacuum Cleaner Mungkin Bertanding Di Libaran” merujuk kepada Tan Sri Musa Aman sebaliknya tuduhan “Vacum Clener” sepatutnya dan selayaknya ditujukan kepada Shafie Apdal.
Menurut BEBAS “sebagai buktinya FAKTA yang harus diakui mengenai ketokohan Musa Aman ialah rezab kewangan Negeri Sabah berjaya dikumpul sebanyak RM3 billion walaupun semasa mengambil alih jawatan tersebut dari Chong Kah Kiat rezab negeri hanya berjumlah RM180 juta.
“Kadar KDNK negeri Sabah pula di antara yang tertinggi di Malaysia dengan kadar 8.2 peratus”
“Sebaliknya semasa Shafie menjawat jawatan Ketua Menteri selama 22 bulan rezab kewangan negeri Sabah telah jauh berkurangan malahan kadar kdnk jatuh menjunam ke paras 0.5 peratus.”
“Justeru siapa yang patut dinamakan sebagai Vacum Cleaner? Shafie Apdal atau Tan Sri Musa,” soal BEBAS lagi.
Portal ini juga cuba memfitnah kononnya Musa cuba menghalang kerjaya politik Bung Moktar, sebaliknya hubungan kedua-dua pemimpin ini terjalin dengan baik malahan saling sokong menyokong sesama mereka.
Ini bukan kali pertama portal ini memfitnah, bahkan telah melakukan perbuatan jijik ini berulang kali, tetapi tidak ada tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas portal ini.
Sebelum ini portal Ini Sabah Bah juga telah memfitnah kononnya kilang masak jenama kebanggan Parti Warisan iaitu BESS telah ditutup oleh kerajaan GRS-BN.