Program Amalan Demokrasi Berparlimen Disertai 200 Pelajar

Program Amalan Demokrasi Berparlimen Disertai 200 Pelajar

0
SHARE
Semasa pelaksanaan simulasi Amalan Demokrasi Berparlimen...

KOTA KINABALU, SABAH – Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu menganjurkan Program Amalan Demokrasi Berparlimen yang disertai seramai 200 pelajar sekolah melalui Kelab Malaysiaku, pada Rabu.

Program itu bertujuan untuk memberi penjelasan berkenaan amalan demokrasi di Malaysia kepada pelajar sekolah menengah.

Antara pengisian program ialah taklimat berkenaan Undi18 dan proses pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di SMK Bandaraya.

Turut diadakan, simulasi pilihan raya pemilihan jawatan Pengerusi dan Naib pengerusi Kelab Malaysiaku SMK Bandaraya.

Sepanjang simulasi berlangsung, para pelajar dari SMK Inanam serta Kolej Tingkatan 6 Kota Kinabalu bertindak sebagai pemerhati.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karroda, Pengetua SMK Bandaraya, Rohani Ramlee,Pegawai Akademi SPR Putrajaya, Nik Aminudin Nik Shahar Syah dan Jasmeen Nureen serta guru-guru penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Inanam dan Kolej Tingkatan 6 Kota Kinabalu.