Remaja Tergelincir Jambatan Gantung Tuaran Dikhuatiri Lemas

Remaja Tergelincir Jambatan Gantung Tuaran Dikhuatiri Lemas

0
SHARE
Bomba
Pondok Pusat Kawalan Operasi Bomba yang didirikan berhampiran jambatan berkenaan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melintas jambatan gantung Kampung Telibung pada Sabtu.

Mangsa, Mohd Hisham Iskandar Azli dikatakan bersama lima orang rakan berada di atas jambatan gantung dalam insiden kira-kira 2.30 petang itu.

“Mangsa dilaporkan berpakaian baju warna kuning dan berseluar hitam semasa kejadian tersebut,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Katanya, sepasukan 10 dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran serta unit anjing pengesan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pinggir sungai.

Mereka turut dibantu pihak Polis, Angkatan Pertahanan awam, penduduk setempat dan Unit Drone D’Bayu Sabah.

“Operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang Sabtu dan akan disambung pada pagi Ahad pagi,” katanya menambah mangsa belum dijumpai.