KUALA LUMPUR – Kugiran terkenal, Kumpulan Slam bakal menemui semula peminat menerusi Konsert SLAM Nurkasih pada 6 Ogos ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan AV Group & WMD berkata konsert terbabit akan bermula pada jam 8.30 malam dan bakal membawakan 20 lagu hits yang menaikkan nama kugiran itu.
Konsert ini dibawakan oleh AV Group & WMD Event selaku penganjur utama serta Belbis sebagai rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik konsert ini.
Pembeli tiket Konsert SLAM Nurkasih berpeluang memenangi sebuah gitar sebagai hadiah nombor tiket bertuah bagi pembeli tiket.
Sebanyak empat buah gitar berupa dua buah gitar eletrik dan dua buah gitar akustik untuk di menangi yang di taja khas oleh PBH Music Sdn Bhd.
Sinar FM yang bertindak sebagai Radio Rasmi Konsert SLAM NurKasih juga akan mengadakan kuiz kepada pendengar bertuah yang akan memenagi tiket ke konsert ini nanti.
Bagi mendapatkan tiket tiket Konsert SLAM NurKasih ini peminat boleh melayari laman web https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/ atau menghubungi Ilasso Tickets di talian 03-21706333.