TAWAU, SABAH – Seorang daripada TIGA (3) penumpang Perodua Myvi maut selepas kenderaan itu terbabas sendiri di Jalan Kampung Gudang 4, sini, semalam.
Pasukan Bomba yang bertindak balas di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan tiga (3) wanita berumur antara 20 sehingga 24 tahun dan seorang lelaki berumur 19 tahun.
Pemangku Ketua Balai Bomba Tawau, PPgB Mazlan Sarman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 8.58 malam.
“Mangsa Nurfadhilah Abdul Salam, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan…
“Dua (2) lagi mangsa, seorang lelaki dan perempuan mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang lagi mangsa wanita tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Madzlan berkata pasukan Bomba bertindak melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi dan menamatkan operasi pada jam kira-kira sejam selepas itu.





